Cart is empty
Site news
Date added: 11-03-2016 kelebihan menggunakan lampu led
Lampu LED merupakan singkatan kepada “Light Emitting Diode” adalah jenis lampu yang popular pada hari ini. Akan tetapi, masih terdapat banyak juga kediaman & pejabat masih menggunakan lampu pijar. Walau bagaimanapun, lampu pijar mempunyai kelemahan yang tersendiri antaranya pembaziran eletrik dan mempunyai percahayaan yang kurang tetapi penggunaan watt yang besar.

Sebenarnya lampu LED telah diperkenalkan pada tahun 1990, namun ketika itu masih belum popular dan digunakan secara meluas atas faktor harganya pada waktu itu sangat mahal.
Antara kelebihan lampu LED adalah:
• Kuasa yang digunakan oleh sebuah lampu LED biasanya adalah 5 Watt berbanding lampu pijar biasa yang digunakan antara 60 ~ 100 Watt. Perbezaan ini adalah antara 1/12 hingga ke 1/20 lebih menjimatkan. Bayangkan sekiranya anda mempunyai 20 biji lampu di rumah, berapa banyak penjimatan yang anda perolehi.
• Kepesatan teknologi lampu LED ini semakin mendapat perhatian dalam industri pengiklanan dan trafik jalan, hari ini ia turut digunakan untuk pelbagai kegunaan termasuk lampu isyarat dan papan-papan iklan. Malah lampu-lampu jalan dan lampu limpah juga telah diganti menggunakan lampu LED.
• Lampu LED mampu menukarkan tenaga kepada cahaya dengan lebih baik berbanding dengan lampu biasa yang mana kebanyakan tenaga akan turut menghasilkan haba. Sebab itulah lampu LED kurang panas.